Suasana di Bandong Flea Market. Ianya terletak di Bandong Walk. Tempat peniaga-peniaga kecil berjual barang dan produk masing-masing. Flea market ini dibuka pada waktu malam.
Friday
Taman Jubli Bukit Aup, Sibu
Taman Jubli Bukit Aup merupakan taman yang terletak di Sibu. Ianya merupakan taman untuk beriadah. Ramai orang datang ke sini untuk berjoging dan menikmati pemandangan di situ.
Taman Jubilee Bukit Aup yang kini dibangunkan sebagai pusat rekreasi, dahulunya dianggap suci oleh kaum Iban yang mendiami kawasan kaki bukit berkenaan. Pada ketika itu masih ramai kaum Iban mengamalkan kepercayaan animisme dengan menyembah dewa. Jika mahu memohon sesuatu, mereka akan mencari tempat yang suci untuk mempersembahkan 'niat'.
Para pengunjung yang datang bolehlah memberi makan ikan yang terdapat dalam tasik di sini.
Jambatan gantung ini merupakan satu lagi tarikan pengunjung yang datang ke Taman Jubli Bukit Aup.
Pintu Gerbang, Sibu
Pintu Gerbang juga merupakan salah satu mercu tanda di Sibu. Amatlah rugi sekiranya Para pengunjung yang datang ke Sibu tidak melawat ke sini.
Terdapat banyak tempat makan yang didapati di sini contohnya restoran makanan segera seperti KFC dan Sugar Bun.
Bangunan Pencakar Langit!
Wisma Sanyan, Sibu
Wisma Sanyan merupakan bangunan tertinggi di Sarawak.
Ianya juga merupakan bangunan yang ke-48 tertinggi di Malaysia.
Bangunan ini ada 28 tingkat dan ditubuhkan pada tahun 2001.
Mercu Tanda Bandar Sibu
Bandar Sibu yang juga dikenali sebagai China Town Sarawak merupakan bandar ketiga terbesar di Sarawak, Malaysia.
Angsa dipilih sebagai mercu tanda di Sibu. Ianya melambangkan identiti baru, semangat, perpaduan dan kesepakatan penduduk daerah berkenaan dan akan menjadi pendorong kepada mereka untuk bekerjasama rapat bagi menjadikan Sibu sebuah bandar raya bersejarah pada masa akan datang.
Antara sebab Angsa dijadikan sebagai lambang bandar Sibu:

2. Sibu pernah dilanda kebuluran. Sekawan Angsa putih kelihatan setelah musim kebuluran berakhir.
Sunday
Pusat Internet 1Malaysia Kg. bandong
PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG. BANDONG
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Bandong adalah salah satu pusat untuk komuniti luar Bandar. Ianya beroperasi setiap hari dan menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan ICT seperti Perkhidmatan melayari Internet, Wifi Percuma, Perkhidmatan mencetak, kelas -kelas ICT dan kelas asas keusahawanan.
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Bandong adalah PI1M pertama yang ditubuhkan di Sibu.
Orang ramai bolehlah berkunjung ke sini untuk menikmati kemudahan ini secara percuma...Rugi sik datang!
Kemudahan di Kg. Bandong
Kemudahan - Kemudahan di Kampung Bandong
Dewan Sepak Takraw
Dewan Sepak takraw terletak di sebelah kanan Pusat Interet 1Malaysia Kg Bandong. Ia nya digunakan oleh belia untuk bermain sepak takraw. Kebiasaannya para belia akan mengadakan pertandingan sepak takraw pada hari Sabtu.
Klinik 1Malaysia Kg. Bandong
Kampung Bandong juga dilengkapi dengan perkhidnmatan kesihatan iaitu Klinik 1Malaysia.
Para komuniti setempat berpeluang menikmati kemudahan asas ini dengan sebaiknya.
Pusat Khidmat DUN Nangka
Pusat Khidmat adalah bangunan di mana terletaknya pejabat ADUN Nangka. dan penghulu menjalankan tugas masing-masing. Yang Berhormat Dr. Haji Annuar bin Haji Rapaee adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka. Beliau merupakan seorang wakil rakyat yang aktif dan berjiwa rakyat.
YB Dr. Haji Annuar bin Haji Rapaee
Dewan Kelab Melayu Kg. Nyabor (MUC) Sibu
Dewan MUC adalah dewan untuk orang ramai. Kadang - kadang dewan tersebut digunakan sebagai tempat pesta keramaian dan sambutan seperti majlis perkahwinan dan sambutan lain. Dewan ini terletak di seberang SK Bandaran Sibu No.3
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
SK Pendidikan Khas
SK Bandaran Sibu No.3
Surau
Tadika Hikmah
Tadika International
Food Court Bandong
Food Court Bandong
Food Court Bandong dibuka pada waktu malam dan terdapat pelbagai jenis makanan yang didapati disini.
Bandong Walk
Warung Kecil di Bandong Walk
Bandong Walk adalah tempat yang disediakan oleh ADUN Nangka untuk penduduk tempatan berniaga dan mencari rezeki.
Makanan Tempatan
Makanan Tempatan Kampung Bandong
Kampung Bandong terletak di bahagian Sibu, Sarawak. Sekitar 1054 orang yang mendiami kampung ini. Ekonomi utama di Kampung Bandong adalah berniaga.
Bandong sangat popular dengan nasi ayam penyet dan puluh panggang.
Ramai pengunjung dari luar tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan makanan tempatan tersebut.
Kampung Bandong terletak di bahagian Sibu, Sarawak. Sekitar 1054 orang yang mendiami kampung ini. Ekonomi utama di Kampung Bandong adalah berniaga.
Bandong sangat popular dengan nasi ayam penyet dan puluh panggang.
Ramai pengunjung dari luar tidak akan melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan makanan tempatan tersebut.
Pulut Panggang diperbuat daripada beras pulut yang diletakkan dalam kulit pisang dan dipanggang atas api. Rasanya yang berlemak sangatlah sedap. Rugi mun x coba...
Ayam penyet boleh didapati di Kedai Makan Penyet Bandong. Kedai tersebut dibuka dari jam 6 petang sampai jam 9 malam. Kelazatan penyet Bandong memang tidak dapat dinafikan lagi. Jom cuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)