Friday

Taman Jubli Bukit Aup, Sibu


Taman Jubli Bukit Aup merupakan taman yang terletak di Sibu. Ianya merupakan taman untuk beriadah. Ramai orang datang ke sini untuk berjoging dan menikmati pemandangan di situ.

Taman Jubilee Bukit Aup yang kini dibangunkan sebagai pusat rekreasi, dahulunya dianggap suci oleh kaum Iban yang mendiami kawasan kaki bukit berkenaan. Pada ketika itu masih ramai kaum Iban mengamalkan kepercayaan animisme dengan menyembah dewa. Jika mahu memohon sesuatu, mereka akan mencari tempat yang suci untuk mempersembahkan 'niat'.


 Para pengunjung yang datang bolehlah memberi makan ikan yang terdapat dalam tasik di sini.

Jambatan gantung ini merupakan satu lagi tarikan pengunjung yang datang ke Taman Jubli Bukit Aup.

No comments:

Post a Comment